Rabu, 6 Mei 2009

Menjelang 7 Mei (12): Laluan ke Bangunan SUK ditutup tujuh hari sempena sidang DUN

IPOH: Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai jam 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.
Beliau berkata, cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok.
Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris.


- Bernama -

Komen Nur12: Apa rasional jalan-jalan utama ini ditutup?Tidakkah akan menyusahkan rakyat yang sudah sekian lama susah?Atau polis nak lindungi siapa?Nasihat kepada polis-Usah bersekongkol dengan 'peragut' rakyat Perak.Polis usah buang masa.Polis usah ganggu urusan rakyat.Elok polis pantau 'mat rempit'.

Tiada ulasan: